Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli Umno digesa bukti kesetiaan terhadap kepimpinan parti

KOTA KINABALU – Ahli Umno digesa membuktikan sikap kesetiaan dan keikhlasan dalam membantu barisan kepimpinan parti menghadapi pelbagai cabaran terutama yang membabitkan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu.

Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Faisyal Yusuf Handain Diego berkata, di samping itu semangat perpaduan dan amalan bersatu padu di kalangan ahli Umno juga merupakan aspek penting dalam meneruskan perjuangan parti.

Sekiranya tiada nilai kesetiaan dan keikhlasan, di samping tindakan ahli tidak sehaluan dengan apa jua yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.. saya rasa Umno sudah lama berkubur, katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Dewan Masyarakat, di sini hari ini.

Menurutnya, situasi tersebut secara tidak langsung akan memberi gambaran kepada pihak pembangkang bahawa parti Umno lemah seterusnya mengambil kesempatan menewaskan Umno.

Oleh itu, beliau berkata, Umno Bahagian Kota Kinabalu tetap berdiri teguh dan menyokong Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.

Kita tahu bahawa Najib seorang yang boleh dipercayai dan kita doakan agar beliau terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam mentadbir kerajaan dan membangunkan negara ke arah yang lebih cemerlang, katanya lagi.

Menurutnya, di bawah kepimpinan Najib, negeri Sabah dan Sarawak telah mendapat peruntukan yang jauh lebih besar dan diberikan layanan yang cukup baik berbanding pemimpin terdahulu.

Sementara itu, beliau juga meminta pergerakan sayap parti supaya mengaktifkan bilik gerakan masing-masing dengan meningkatkan program menarik minat lebih ramai golongan muda menyertai parti berkenaan sebagai persediaan menghadapi pilihanraya ke-14 yang akan datang.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan