Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Ahli sihir’ dipukul sampai mati

dipukul sampai mati

Patna: Penduduk kampung di kawasan pedalaman timur India memukul hingga mati seorang wanita yang mereka dakwa ahli sihir.

“Mereka memukul wanita itu hingga mati kerana dituduh mengamalkan sihir,” kata Superintendan Sudhir Kumar Singh, ketua polis daerah Champaran Timur, tempat kejadian berlaku.
Menurutnya, 14 penduduk kampung sebelum itu berkumpul di depan rumah mangsa untuk menyelesaikan pertelingkahan mengenai hak milih tanah dengan keluarga wanita itu.

Mereka kemudian bertindak menyerangnya selepas menuduh wanita berkenaan mengguna sihir hingga menyebabkan penduduk kampung sakit.
“Ia bermula dengan perebutan tanah dan wanita itu menjadi mangsa balas dendam. Polis masih menyiasat,” kata Singh.
Bagaimanapun, sehingga ini, belum ada yang ditangkap kerana semua yang yang terbabit bersembunyi. – AFP

Komen


Berita Berkaitan