Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli sentiasa bertambah bukti UMNO jadi pilihan belia-Jamawi

BEAUFORT: Perkembangan positif permohonan keahlian UMNO yang meningkat setiap bulan  dari kalangan belia dibawah umur 40 tahun membuktikan parti Umno  menjadi pilihan  sebagai wadah perjuangan mereka untuk   membina masa depan yang lebih baik. 
 
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, perkembangan ini sesuatu yang membanggakan dimana anak muda menerima baik dasar serta perjuangan  yang dibawa oleh Umno tanpa meminggirkan hak serta kepentingan golongan ini. 
 
“ Anak muda terus tampil ke hadapan untuk menyertai UMNO sebagai ahli walaupun mereka berhadapan dengan pelbagai tomahan kiritikan provokasi dan fitnah yang dilontarkan oleh parti pembangkang kepada parti dan pemimpin Umno” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Santai Sehati Sejiwa Hijrah Merdeka 2017 anjuran Belia Usia Bahagian Beaufort di Surau An-Nur di kampung Batu 3 Pada Valley Beaufort  baru baru ini.
 
Hadir Sama  Ahli Majlis Tertinggi Usia Haji Harun Patah, Ketua Belia Usia Bahagian Beaufort, Mohamad Salleh, Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beufort Omar Sharon Haji Osin Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musa dan Naib Presiden MBS Mazlan Johari. 
 
Untuk rekod, permohonan untuk bulan Ogos sahaja UMNO menerima sebanyak 5,155 permohonan ahli baru yang mana 3,381 adalah permohonan secara online.
 
Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom ,perkembangan ini merupakan perkembangan yang sihat sambil  mengajak agar lebih ramai lagi anak muda menyertai UMNO sebagai ahli  dan berharap semua cawangan hendaklah membuka pintu keahlian secara lebih meluas. 
 
Tambah Jamawi  Generasi muda kini lebih cenderung kepada parti politik yang telus dan dapat mewakili suara mereka,maka tidak hairanlah anak muda memilih parti parti Umno sebagai wadah perjuangan mereka. 
 
Sehubungan dengan itu, Jamawi berharap cawangan  Pergerakan Umno di seluruh bahagian di negeri ini perlu lebih banyak menganjurkan program bagi mendengar pandangan golongan muda. 
 
“ Program yang kita adakan pula perlu relevan selari dengan aspirasi golongan ini dan kita , perlu ingat, suara orang muda bukan bermaksud mereka menentang, tetapi mereka hanya menyuarakan perbezaan pendapat yang perlu kita ambil kira jika ingin parti Umno kekal relevan,” katanya. /SayangSabah
SOKONGAN..Jamawi bersama jawatankuasa penganjur dan sebahagian peserta yang menyertaio program tersebut.

Komen


Berita Berkaitan