Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli Puteri UMNO diminta setia kepada parti dan pemimpin

10:53am 03/09/2016 Leolerry Lajius 72 views Politik,Tempatan

KINABATANGAN: Ketua Puteri UMNO Kinabatangan, Dayang Norhayati Titing mengingatkan ahli Puteri UMNO bahagian untuk terus setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

 

Beliau berkata ketaatan kepada pemimpin merupakan tradisi yang menjadi amalan ahli UMNO sejak sekian lama sekali gus menjadikan parti terbesar orang Melayu itu terus kuat.

“Taat setia itu perlu supaya tidak menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang berpecah belah. Kalau tidak ada nilai kesetiaan, apabila matlamat peribadi kita tidak tercapai, bila cita-cita peribadi tidak kesampaian, kesetiaan tidak lagi menjadi pegangan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Kinabatangan di Dewan Sri Pertiwi Kota Kinabatangan.

Turut hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO Libaran Annabell Persian wakil Puteri UMNO Sabah serta 203 perwakilan Puteri UMNO Kinabatangan. Majlis perasmian dirasmikan oleh Ketua UMNO bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar.

Menurut Norhayati sebagai ahli, Puteri UMNO bukan mempertahankan pemimpin sebagai individu tetapi juga mempertahankan institusi presiden parti, sekiranya institusi Presiden itu goyah dan rebah, mana mungkin Umno akan dihormati dan digeruni oleh musuh. Ianya sudah pasti akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan dan sokongan juga akan hilang.

Jelasnya sikap taat dan setia kepada pemimpin adalah punca kejayaan parti, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Jika tidak ada keserasian dan ketaatan kepada pemimpin, ia akan menyebabkan parti tidak stabil, seterusnya membawa ke arah kehancuran.

“Kita kena akur kepada ketua. Ia dilihat dan dinilai sebagai satu pasukan yang sentiasa bersatu padu. Hidup berparti ini kena berprinsip dengar dan taat kerana itulah kejayaan kita,’ katanya.

Jelasnya lagi ahli Puteri UMNO perlu konsisten dalam menjaga parti untuk generasi akan datang memandangkan pemimpin ‘boleh datang dan pergi’ namun perjuangan dan istiqamah terhadap parti kekal.

Tegas Norhayati Puteri UMNO Kinabatangan sejak awal lagi konsisten dengan pendirian memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk di peringkat negeri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta pucuk kepimpinan Ketua UMNO bahagian, Datuk Bung Moktar di peringkat bahagian.

Puteri UMNO Kinabatangan turut mencadangkan tiga usul iaitu Calon Wanita Muda diketengahkan menjadi Calon PRU Ke 14, keahlian automatik 18 tahun hingga 35 tahun dan umur Puteri Umno dinaikkan kepada 40 tahun. Kesemua usul tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan./SayangSabah

Norhayti Titing dan Annabell bersama jawatankuasa Puteri UMNO Kinabatangan meraikan ulang tahun Puteri UMNO ke 15 dengan acara memotong kek.

Norhayti Titing dan Annabell bersama jawatankuasa Puteri UMNO Kinabatangan meraikan ulang tahun Puteri UMNO ke 15 dengan acara memotong kek.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan