Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli Puteri UMNO digesa memperkasakan pemimpin

2:21pm 01/11/2016 Leolerry Lajius 5 views Sandakan,Tempatan

Sandakan : Pergerakan Puteri Umno digesa supaya mengamalkan sikap sentiasa memperkasakan pemimpin wanita dalam parti di semua peringkat, untuk memastikan kepimpinan wanita disegani dan dihormati.

Ketua UMNO bahagain Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya berkata, melalui semangat kerjasama untuk memperkasakan pemimpin dalam kalangan wanita dalam parti Umno itu sendiri, menjamin kepada keutuhan kepimpinan parti masa ini dan akan datang.

Justeru itu katanya Puteri UMNO harus membudayakan semangat mempertahankan perjuangan parti yang padu melalui kepimpinan pergerakan puteri Umno yang mempunyai pemimpin yang sentiasa maju hasil usaha semua pihak.

”Kalau kita sering mempunyai sikap tidak mahu melihat pemimpin dalam pergerakan parti sendiri maju, bagaimana tanggapan orang lain terhadap diri dan perjuangan parti Umno” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program We Care Puteri Prihatin di Dewan PPR Batu Sapi, Sandakan. Program tersebut merupakan anjuran Puteri UMNO Batu Sapi. Ketua Pergerakan Puteri Umno Batu Sapi Hazulizah Mohd Dani serta ahli jawatankuasa Puteri UMNO Batu Sapi dan jawatankuasa UMNO bahagian Batu Sapi.

Samsudin yang juga Adun Sekong mengajak pergerakan Puteri Umno di semua peringkat supaya sentiasa bersedia menyumbang tenaga untuk memastikan Umno terus menerajui kepimpinan negara.

Katanya, semangat kerjasama padu antara Umno dan kerajaan dalam komponen Barisan Nasional perlu dikekalkan oleh kepimpinan negara masa akan datang termasuk bakal pemimpin di kalangan wanita.

“Walau apa pun tumpuan perjuangan UMNO, harus diingat bahawa tanpa kekuatan akar umbi, UMNO tidak dapat mencapai sebarang kejayaan dalam perjuangannya. Tiada kejayaan yang diperoleh tanpa ada kekuatan yang datang dari muafakat, kerjasama, perpaduan dan persefahaman,” kata Samsudin lagi.

Beliau seterusnya berkata dalam Puteri UMNO harus sentiasa bekerja kuat menunaikan tanggungjawab untuk kepentingan parti.

Pada masa sama, Samsudin mengingatkan pergerakan Puteri UMNO supaya sentiasa yakin, tabah dan tidak mudah putus asa menghadapi cabaran  dalam perjuangan parti.

Katanya Puteri telah menunjukkan komitmen dan peranan yang besar dalam membantu parti Umno termasuk meraih kejayaan dalam pilihan raya.

“Puteri Umno yang telah dilancarkan 15 tahun lalu, telah berjaya memainkan peranan dalam membantu menjayakan pelbagai program dalam memantapkan perjuangan parti Umno di semua peringkat,” jelasnya.

Ini katanya termasuk melaksanakan tanggungjawab menjaga bidang teknologi maklumat (IT), menjaga pengundi muda serta memastikan ahli puteri yang layak mengundi berdaftar sebagai pemilih.

Dalam majlis itu, sumbangan berupa Mesin basuh jenama Haier turut diserahkan kepada 29 orang ketua Puteri Cawangan Batu Sapi (53 keseluruhan penerima) dan sumbangan laptop jenama HP kepada seorang ahli puteri contoh (Inspirasi Puteri) yang cemerlang di IPTA iaitu Siti Nur Azilayati pelajar Universiri Teknologi Mara(UITM) Shah Alam (sumbangan ke 5 dari 2014/2016).

Program ini merupakan satu lagi program yg dikendalikan bagi merapatkan ukhwah dalam kepimpinan puteri selain daripada program tahunan puteri iaitu shopping raya bersama anak yatim, jelajah puteri prihatin iaitu memberi sumbangan kepada anak yatim, asnaf, OKU, balu dan ibu tunggal, program mengaji Al-Quran secara percuma di rumah wakaf puteri kampung Bakau utk beliawanis, jelajah merdeka, aktiviti sukan, sumbangan belajar ke IPTA kepada beliawanis batu, Sapi.

Beliau turut menekankan, betapa pentingnya perpaduan bagi tujuan memperkasakan Parti, agar Umno akan terus relevan menjadi wadah perjuangan bangsa, agama dan negara dahulu, kini dan selamanya./SayangSabah

Tahniah. Sebuah laptop untuk pelajar IPTA iaitu Siti Nur Azilayati pelajar Universiri Teknologi Mara (UITM) Shah Alam diwakili oleh adiknya yang disumbangkan oleh Hazulizah.

Tahniah. Sebuah laptop untuk pelajar IPTA iaitu Siti Nur Azilayati pelajar Universiri Teknologi Mara (UITM) Shah Alam diwakili oleh adiknya yang disumbangkan oleh Hazulizah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan