Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli Puteri diseru tingkatkan semangat kesukarelawan

5:38pm 09/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 23 views Tempatan
Musa bergambar kenangan bersama Puteri Umno Sabah

Musa bergambar kenangan bersama Puteri Umno Sabah

SANDAKAN- Seluruh ahli pergerakan Puteri diminta membudayakan semangat kesukarelawan yang tinggi dalam usaha mendekatkan lagi UMNO dengan rakyat.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Normala Rasick berkata, budaya kesukarelawan amat penting kerana menjadi salah satu daripada kekuatan UMNO selama ini sehingga mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan di peringkat negeri dan negara.

“Kita mesti mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi supaya kita semua lebih ikhlas dalam bekerja untuk parti.

“Budaya ini penting kerana jentera parti tidak boleh digerakkan dengan semangat wang ringgit, upah dan jawatan semata-mata. Ingatlah bahawa UMNO bukan diasaskan oleh semangat kebendaan tetapi perjuangan bagi membela nasib agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Keahlian dan Daftar Pemilih Peringkat Negeri Sabah anjuran Biro Keahlian dan Daftar di sini semalam.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Turut hadir, Naib Ketua Puteri Umno Malaysia Zahida Zarik Khan , Naub Ketua Puteri Umno Sabah Zakiah Kalipunya serta ketua-ketua Puteri Umno seluruh Sabah.

Menurut Normala, setiap ahli Puteri juga perlu bekerja secara konsisten untuk mendampingi rakyat dan bukan secara bermusim.

“Kita perlu mendekati rakyat sepanjang masa, bukannya menunggu ketika musim pilihan raya,” ujar beliau.

Beliau turut menekan mengenai pentingnya kerja-kerja menambah keahlian dalam sayap Puteri dalam usaha meneruskan kesinambungan kecemerlangan perjuangan UMNO.

“Apa yang penting dalam menangani isu ini ialah Puteri UMNO perlu mendapat tempat di hati generasi muda sebagai wadah utama untuk mereka berjuang dalam politik.

“Hari ini, Pergerakan Puteri sebagai mendapat kepercayaan dalam kalangan kepimpinan parti oleh itu marilah kita semua tunaikan kepercayaan itu dalam bentuk tanggungjawab dan komitmen,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Pergerakan Puteri UMNO Sabah terus menyokong penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri.

Terdahulu beliau memberitahu bahawa sehingga 29 Februari lalu, jumlah keahlian Puteri UMNO Sabah yang berdaftar ialah sebanyak 61,847 ahli orang di 5,708 buah cawangan.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan