Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli PPNS sokong penuh BN dalam PRU14: Nazri

Nazri (kiri) bersama Musa (dua dari kanan) sempena program Muafakat Peladang di Sandakan.

SANDAKAN: Anggota Pertubuhan Peladang di Sabah akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

Komitmen itu dizahirkan oleh Pengerusi PPNS Datuk Mohd Nazri Abdullah ketika berucap sempena program Muafakat Peladang dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan di sini pada Ahad.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman.

Mohd Nazri berkata sokongan anggota pertubuhan itu akan diterjemahkan dalam undi kepada calon-calon BN yang bertanding di kawasan masing-masing.

“Ini adalah ikrar ahli-ahli Pertubuan Peladang di Sabah kerana kami mengingat jasa dan kebaikan Kerajaan BN yang sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk golongan petani dan peladang.

“Tiada kerajaan lain selain BN yang telah terbukti sentiasa mencari jalan dan usaha untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyatnya terutama anggota peladang.

“BN adalah satu-satunya kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat dan mahu rakyat terus bergerak maju dan menikmati kemakmuran ekonomi negara”, katanya.

Mohd.Nazri yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berkata pihaknya menghargai dokongan Kerajaan Pusat selama ini, termasuk peruntukan sekali sebanyak RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) membabitkan dana RM7 juta.

Menurut Nazri, dengan keahlian lebih 100,000 dalam PPK di Sabah yang bernaung di bawah PPNS, golongan peladang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, terutama dari segi bekalan makanan.

Katanya, sektor pertanian dan agromakanan menyumbang secara signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“PPNS menghargai sokongan kerajaan kepada masyarakat peladang yang membekal sumber makanan,” katanya, sambil menghargai pengiktirafan Perdana Menteri ke atas sumbangan masyarakat peladang sebagai ‘wira tidak didendang’./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan