Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli persatuan Kagayan diseru terus bersatu

Mijul (tengah) merakamkan gambar bersama ahli persatuan Kagayan.
Mijul (tengah) merakamkan gambar bersama ahli persatuan Kagayan.

KUDAT- Semua ahli Persatuan Kagayan Jama Mapun Bersatu Sabah (Kagayan)diseru agar terus bersatu bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan ahli persatuan.

Pengerusi Ko-Nelayan Negeri Sabah Datuk Abdul Mijul Unaini berkata, ahli persatuan perlu mengutamakan kesatuan persatuan dan harus menghindari kepentingan diri sendiri yang akan menyebabkan perpecahan persatuan.

“Oleh sebab itu dalam persatuan ini kita haruslah memegang nilai-nilai kasih dan sayang sebagai dasar utama.

“Nilai ini amat penting untuk kesejahteraan rakyat dan seterusnya kelangsungan generasi akan datang khususnya d kawasan pulau Banggi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Persatuan Kagayan lama di sini pada baru-baru ini.

Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1 Banggi menggesa semua rakyat di bahagian pulau Banggi agar terus saling menghormati dan saling membantu antara kaum lain dipulau itu.

“Walaupun penduduk di pulau ini terdiri daripada pelbagai kaum namun perpaduan masih boleh dicapai dengan adanya sikap saling membantu dan menghormati antara satu dengan yang lain,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga mengingatkan pemimpin dan ahli persatuan agar tidak menggunakan persatuaan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri.

Jelas beliau,tindakan sedemikian hanya merosakkan keharmonian persatuan dan ia harus dihindari daripada berlaku.- Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan