Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli perlu bawa masalah/ isu dalaman ke dalam mesyuarat parti- Annuar

Annuar ketika diwawancara oleh para media- Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah
Annuar ketika diwawancara oleh para media- Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Setiap isu atau masalah yang timbul dalam parti perlu dibincangkan dalam mesyuarat dan bukannya dihebahkan kepada orang ramai, tegas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa.

“Kita bekerja sebagai kumpulan dan tidak ada wujudnya istilah ‘personality-cloud’…. Semua yang berjawatan termasuk timbalan presiden dan saya sendiri sebagai Ketua Penerangan UMNO, jika ada apa- apa kita boleh berbincang dalam mesyuarat,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa dalam sidang akhbar sempena sambutan majlis Jubli Perak UMNO Sabah yang ke-25 di Hotel Sabah Oriental, disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut memuji UMNO negeri ini merupakan di antara cawangan yang paling aktif di negara ini.

“Kalau bukan efisiennya UMNO Sabah ini, sudah tentunya negeri ini tidak menjadi simpanan tetap (fixed deposit) kepada kita,” tambahan beliau.

Beliau berharap sambutan Jubli Perak UMNO ke-25 dapat menyemarakkan lagi semangat perjuangan UMNO di negeri ini.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan