Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli peladang diminta teroka industri hiliran

KUALA PENYU: Ahli Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) diminta mempelbagaikan aktiviti ekonomi termasuk meneroka peluang dalam industri hiliran memproses hasil keluaran menjadi produk komersil bernilai tinggi.

Pengerusi PPNS Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata ahli peladang tidak boleh sekadar menghasilkan bahan mentah untuk dipasarkan, sebaliknya mempelbagaikan hasil keluaran supaya dapat memenuhi permintaan pasaran.

Katanya, dengan memproses sesuatu keluaran menjadi produk komersil, pengusaha boleh mendapat nilai harga yang lebih kompetitif.

Beliau mengambil contoh penghasilan pisang dan nanas yang boleh diproses menjadi makanan ringan seperti kerepek dan gula-gula.

“Selain mendapat harga yang lebih baik, pemprosesan produk sedemikian juga boleh mendapat pasaran lebih luas sama ada di dalam negeri mahupun dieksport ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Muafakat Peladang di sini pada Isnin. Pada majlis itu, seramai 195 asnaf menerima
bantuan.

Program dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan kerjasama PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Penyu.

Mohd Nazri yang juga Timbalan Pengerusi Nafas berkata penerokaan kepada industri hiliran penting memandangkan ketika ini negara masih mengimport sejumlah makanan dari luar negara bagi memenuhi keperluan
tempatan.

“Dengan meneroka peluang seperti ini, ahli peladang akan turut dapat meningkatkan sosioekonomi keluarga,” katanya.

Hadir sama calon BN bagi kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dan calon BN bagi DUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury serta Pengerusi PPK Kuala Penyu Mohd Zahari Mohd Zinin./SayangSabah

Nazri berucap di majlis itu.

Komen


Berita Berkaitan