Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,679

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli PBS Bahagian Lumadan cadang seimbangkan perlantikan pemimpin

4:12pm 04/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 274 views Beaufort,Tempatan
RUSLAN menyaksikan Sebastian menerima cenderamata dari ‎Dioslin selepas Mesyuarat Agung PBS ke-31 PBS Bahagian Lumadan, di Dewan Perpindahan Mangsa Banjir Kampung Suasa, Beaufort.

RUSLAN menyaksikan Sebastian menerima cenderamata dari ‎Dioslin selepas Mesyuarat Agung PBS ke-31 PBS Bahagian Lumadan, di Dewan Perpindahan Mangsa Banjir Kampung Suasa, Beaufort.

BEAUFORT- Ahli Cawangan Parti Bersatu Sabah(PBS) Bahagian Lumadan ‎berharap perlantikan pemimpin akar umbi membabitkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung dapat diseimbangkan dengan parti komponen khususnya dalam parti itu.
Naib Presiden Pusat merangkap Ketua Bahagian Lumadan Ruslan Muharam‎ berkata, usul dari ahli yang mahu perkongsian kuasa diseimbangkan untuk parti komponen khususnya dalam PBS harus dipertimbangkan wakil rakyat di kawasan ini.
“Setakat ini di kawasan Lumadan cuma ada dua Ketua Kampung dan dua JKKK yang dilantik dari ahli PBS yang dilihat kurang seimbang dalam Barisan Nasional (BN).
“‎Sokongan dan kejayaan untuk BN bukan sedikit di Lumadan kerana kita ada penyokong yang setia dan saya berharap serta meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi mempertimbangkan perkongsian kuasa diseimbangkan yang dilihat tidak sampai lima peratus pun menerusi lantikan yang ada,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Pengulungan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 PBS Bahagian Lumadan di Dewan Perpindahan Mangsa Banjir Kampung Suasa, disini, hari ini
Majlis dirasmikan Timbalan Presiden PBS, Senator Datuk Jamilah Sulaiman dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha Dioslin Augustine Ketua Pergerakan Wanita; Lairin @ Letrine Augustine, Ketua Bahagian Kuala Penyu, Sebastian Anjin,serta lebih 100 ahli cawangan PBS Bahagian Lumadan.
‎ Ruslan turut berkata, pihaknya dalam usaha untuk menambah peruntukan daripada kerajaan untuk PBS di bahagian Lumadan walaupun cadangan itu sudah diminta sejak dari dahulu lagi.
“‎Pada tahun lalu, saya maklumkan bahawa kita minta supaya peruntukan sebanyak 10 peratus diberikan kepada parti komponen PBS di Lumadan untuk kita nikmati bersama namun diberikan menerusi JKKK.
“‎Tetapi kali ini saya cuba usahakan untuk dapatkan secara istimewa iaitu terus ke PBS untuk kita agihkan kepada 13 daerah mengundi di Lumadan,” katanya.
Ruslan turut berkata, ‎sokongan ahli tidak berbelah bagi terhadap PBS menerusi kehadiran ahli dalam mesyuarat ini.
“Jadi saya ingin menekankan supaya perwakilan supaya bersama-sama berjuang melalui PBS untuk pupuk perpaduan sejajar dengan lambang PBS iaitu Bersatu.
“Dengan perpaduan dieratkan dan dapat dikukuhkan memandangkan PBS dilihat sebagai parti tempatan yang masih berbisa di Sabah,” katanya.
Sementara itu dalam ucapan penutupan Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 PBS Bahagian Lumadan, Jamilah turut mengingatkan jentera supaya perhebatkan kempen untuk ‎berhadapan dengan pilihanraya akan datang.
“Pelbagai isu akan dimainkan pihak pembangkang termasuk Sabah keluar dari Malaysia dan ‎saya harap kita tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” katanya.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan