Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,700

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli Parlimen Turki bertumbuk lagi

10:01am 29/04/2016 Pak Roshan 13 views Global
AHLI Parlimen bertumbuk di dalam Parlimen.

AHLI Parlimen bertumbuk di dalam Parlimen.

Ankara: Perbalahan antara ahli Parlimen dari parti pemerintah, AK dan pembangkang pro-Kurdis mengganggu usaha meluluskan perundangan berhubung perjanjian migrasi dengan Kesatuan Eropah (EU).

Ahli Parlimen menumbuk, menolak dan tidak kurang juga yang cuba menghalang pergaduhan dalam sidang lewat Rabu lalu akibat perbalahan mengenai operasi ketenteraan yang menyasarkan militan Kurdis di tenggara negara itu di mana majoriti penduduknya dari kumpulan etnik berkenaan.

Pertengkaran tercetus selepas ahli Parlimen Ferhat Encu dari Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang pro-Kurdis merujuk kepada pembunuhan orang awam dalam operasi ketenteraan terhadap militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Ribuan militan dan ratusan anggota keselamatan serta orang awam maut sejak PKK melancarkan semula pemberontakan pemisahannya di tenggara Turki pada musim panas lalu.

Sehubungan itu, pemangku Speaker mengumumkan pada hujung sesi Rabu lalu bahawa Parlimen tidak akan bersidang lagi sehingga Isnin ini disebabkan perbalahan berkenaan.

Walaupun persidangan dihentikan, masih berlaku pergaduhan kecil semalam pada pertemuan lain yang membincangkan kekebalan daripada pendakwaan terhadap anggota Parlimen.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh HDP sebagai cabang PKK dan mendakwa anggota Parlimen yang mempunya kaitan dengan militan perlu didakwa.

Kira-kira 550 permohonan untuk menarik balik kekebalan ahli Parlimen sebenarnya menyasarkan anggota HDP. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan