Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli Parlimen Sepanggar terima kunjungan hormat daripada wakil PPDKK

9:38pm 02/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 62 views Sukan,Tempatan
Adil (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Jumat (kanan).

Jumat (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Adil (kiri).

SEPANGGAR- Ahli Parlimen P.171 Sepanggar, Datuk Jumat Hj. Idris menerima kunjungan hormat wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu di pejabat beliau, disini, hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, mereka membincangkan beberapa perkara termasuk perjalanan program sukan dan ko- kurikulum peringkat PPDKK.

Selain itu, mereka turut membincangkan pergerakan kontinjen yang akan bertanding ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Barat dan MSS Sabah khususnya dalam acara olahraga, balapan dan padang.

Hadir sama, Ketua Unit UPK KK, Mohd Adli Mahali, Penyelia UPK KK, Jaini Laini, Penyelia Sukan & Ko-Kurikulum PPD KK, Masdi Ahmad Mus, serta wakil PPD KK yang lain, Bunsu Gaga, Johnny Soimpun, Abd. Arif Sulaiman dan Justin Magian.

Sementara itu, MSSB Ranau bakal berlansung bermula 22 sehingga 24 Mac depan. Manakala, MSSS Sandakan dijangka berlansung pada pertengahan bulan April.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan