Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli Parlimen Penampang keluar PKR, sertai parti Shafie

6:40pm 22/09/2016 Pak Roshan 1532 views Mutakhir,Politik

darrell_leiking_151210-transformed

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking mengesahkan beliau meninggalkan PKR untuk menyertai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menghidupkan semula sebuah parti politik sedia ada di Sabah.

Darell berkata, keputusannya meninggalkan PKR sudah dimaklumkan kepada Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, baru-baru ini.

“Saya telah membuat keputusan politik bekerjasama dengan Mohd Shafie untuk berjuang bagi menukar landskap politik di negeri ini melalui sebuah parti berasaskan Sabah. Saya tetap hormat perjuangan PKR, namun kini tiba masanya untuk berjuang dalam sebuah parti tempatan di Sabah.

“Dalam parti baharu ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain yang mempunyai matlamat sama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN),” katanya ketika dihubungi BH, di sini, sebentar tadi.

Darell yang menjadi Ahli Parlimen sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 berkata, beliau mengiringi Mohd Shafie menghantar permohonan bagi pertukaran nama dan logo parti itu di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, pagi tadi. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan