Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli Parlimen muda diajak sertai sesi dialog bersama: Syed Saddiq

Syed Saddiq semasa sidang media. Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan supaya semua Ahli Parlimen muda yang mewakili semua parti politik untuk mengadakan sesi dialog bersama bagi membincangkan hala tuju dan masa depan belia di negara ini.

Beliau berkata, perkongsian idea dalam kalangan kepimpinan muda parti-parti politik itu penting kerana ia juga berkaitan rapat dengan mereka dan secara tidak langsung dilihat membantu merencanakan perancangkan Malaysia baharu yang lebih baik.

“Kita perlu memainkan peranan pada masa muda lagi. Mungkin selepas ini saya ingin cadangkan supaya kita hendak berbincang dengan kepimpinan parti-parti lain, kalau boleh saya mahu anjurkan siri jelajah untuk menghantar mesej kepada belia kita.

“Dulu kita ada Transformasi Negara 20150 (TN50), tetapi ia telah tamat. Sekarang kita mahu teruskan sesi dialog ini kerana saya percaya program dialog perlu dilakukan sentiasa bukan sahaja semasa musim pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi Dialog Bersama Belia yang turut disertai oleh para pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Syed Saddiq berkata, menerusi program dialog itu, kerajaan dapat mendengar suara mengetahui citarasa anak muda yang sentiasa berkembang dengan percambahan idea-idea baharu.

“Perancangan belia di Sabah memang banyak tetapi saya tidak mahu hanya cakap sahaja, lebih baik kita mengadakan perbincangan rapi termasuk dengan KBS negeri.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, esok untuk menerangkan kepada beliau perancangan kementerian buat belia kita khususnya di Sabah,” jelasnya.

Menurutnya, beliau sendiri mempunyai perancangan buat para belia di Sabah dan berharap akan dapat melaksanakan pelan pembangunan itu dengan kerjasama kerajaan negeri. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan