Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli Parlimen Kalabakan Cadang Trek Berbasikal Di Tawau

12:52pm 27/12/2015 Pak Roshan 164 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh melepaskan peserta program 'Santai Rider 2016' hari ini. - Foto BERNAMA

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh melepaskan peserta program ‘Santai Rider 2016’ hari ini. – Foto BERNAMA

TAWAU – Kemudahan trek berbasikal dicadang dibina di sekitar bandar ini bagi memberi kemudahan kepada masyarakat tempatan yang menggemari aktiviti riadah itu.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata langkah itu juga bagi mengelak masyarakat berbasikal berkongsi jalan raya dengan pengguna lain yang boleh mengundang bahaya.

“Saya melihat aktiviti berbasikal ini mendapat sambutan. Jadi, amat penting untuk membina trek ini bagi mengelak kemalangan dan kita mahu ada trek sendiri seperti yang terdapat di luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘Santai Ride 2016’ di sini hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Sebatik dengan kerjasama UMNO Bahagian Kalabakan.

Abdul Ghapur berkata pihaknya telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bagi menyediakan kawasan sesuai untuk pembinaan trek itu yang mana perolehan kos pembinaannya akan diusahakan oleh UMNO Bahagian Kalabakan.

Kira-kira 500 peserta dari Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Sandakan, Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort menyertai program itu yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 60km bagi lelaki dan 30km bagi wanita. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan