Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli Parlimen Belia mahu bantu persatuan tubuh koperasi

Saines optimis membantu pembangunan belia khususnya di luar bandar. - foto JIMMY TAN / Sayangsabah
Saines optimis membantu pembangunan belia khususnya di luar bandar. – foto JIMMY TAN / Sayangsabah

KINABATANGAN – Ahli Parlimen Belia, Saines Bener berhasrat membantu setiap persatuan belia di negeri ini untuk menubuhkan koperasi masing-masing pada masa hadapan.

Katanya, hasrat tersebut adalah bagi membantu persatuan belia khususnya di luar bandar menjana hasil pendapatan serta meningkatkan pengetahuan mengenai bidang ekonomi.

“Di samping itu, kita (ahli parlimen) akan memberikan pendedahan berhubung isu semasa dengan menyalurkan maklumat terkini kepada belia,” katanya semasa ditemui pada Program pembangunan belia 2015 bertempat di Koperasi Pelancongan Mukim Batu Putih di Kampung Mengaris, Kota Kinabatangan di sini hari ini.

Majlis penutupan program itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Saines yang berasal dari Beluran itu juga yakin impian tersebut mampu tercapai sekiranya semua persatuan belia di negari ini dapat memberikan maklum balas positif dan sokongan.

Katanya, belia juga merancang untuk menyelaraskan pelbagai program aktiviti belia terutama yang berkaitan ilmu kemahiran.

“Belia yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang memiliki peluang cerah untuk mendapatkan pekerjaan di agensi atau jabatan berkaitan,” katanya lagi.

Pemuda berusia 29 tahun yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Belia sejak tahun lepas itu, sebelum ini aktif dalam aktiviti persatuan sejak 2009.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan