Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AHLI MAJLIS DAERAH TENOM MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN KIMANIS-KENINGAU

 

Toyota Hilux berkenaan melanggar sebuah treler dari belakang di Km 35 Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi. Gambar SNT/Media sosial

PAPAR: Seorang ahli majlis daerah Tenom maut selepas Toyota Hilux yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di Kilometer 36 Jalan Kimanis-Keningau awal pagi hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Yong Fui Kee @ Kenny yang juga merupakan presiden Persatuan Hakka Tenom dan beberapa lagi persatuan di daerah Tenom.

Menurut Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit, kenderaan Toyota Hilux itu yang menghala ke Keningau dipercayai dipandu dalam keadaan laju semasa melalui satu selekoh berbukit.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa gagal mengelak treler berkenaan kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar belakang lori itu kira-kira jam 5.20 pagi.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

“Dalam kejadian, mangsa sedang memandu ke arah Keningau bersama tiga orang penumpang dari arah Papar,” katanya.

Ketiga-tiga penumpang Toyota Hilux berkenaan hanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.

“Pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat,” jelasnya.

Sementara itu, tambahnya kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kemalangan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan