Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ahli Majlis Daerah disaran buat perancangan sistematik

Bobbey Suan (duduk lima dari kiri)  bersama Fredian (tengah ) dan Rizal (lima dari kanan ) bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan. - foto Kalawon Sawing
Bobbey Suan (duduk lima dari kiri) bersama Fredian (tengah ) dan Rizal (lima dari kanan ) bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Langkah dan perancangan awal berkaitan pembangunan, masalah dan isu di sesuatu daerah penting bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian sesebuah majlis daerah itu selaku pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sehubungan itu, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan menggesa semua Ahli Majlis Daerah (AMD) agar melaksanakan pembangunan daerah dengan lebih terancang dan sistematik.

“Selain menjadi perancangan pembangunan, mereka juga bertanggungjawab menyelasaikan isu yang berlaku seperti kesesakan lalu lintas, masalah peniaga dan kebersihan. Kalau di bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu, masalah yang dihadapi adalah kesesakan lalu lintas dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan kebersihan dan sistem perparitan.

“Isu seumpama ini mungkin belum berlaku di Pekan Nabawan tetapi, langkah dan perancangan awal perlu dilakukan oleh AMD di sini agar pembangunan pekan lebih terancang dan bersistematik pada masa akan datang,” katanya semasa menyampaikan amanat kepada Ahli-Ahli Majlis pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Nabawan di Dewan Masyarakat, di sini hari ini.

Seramai 17 daripada 18 Ahli Majlis Daerah Nabawan menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Fredian Gan.

Mereka ialah [email protected] Kilan, Ulin Datuk Pamiang, Barahim Andipoh, Ansom Putiang, Awong Lukap, Welleamson Kunum, [email protected] Simin, Betty Go Ge Len, Kasmah Aziz, Marutin Ansiung, Justin Lambirung, Rosli Roslan Ampagang, Bajib Basukup, Aming Suan, Danny Mantin, Uda [email protected] dan Kolin Majau.

Bobbey berkata, AMD perlu bersedia menerima pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan kerana daerah itu sendiri mempunyai potensi untuk membangun terutama apabila siapnya jalan raya Kalabakan-Sepulut.

Dalam masa sama, Bobbey mengingatkan agar AMD menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Katanya, AMD perlu bertanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan dan bukannya mendedahkan kelemahan PBT. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan