Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AHLI LEMBAGA KOBEKAS DISARAN AGAR PROAKTIF TEROKA SEKTOR PERNIAGAAN

Diego (depan tiga kanan) dan wakil SKM Sabah Jibidah (depan dua kanan) bergambar bersama barisan ALK Kobekas untuk tahun 2018 hingga 2019. -Gambar SNT/Ehsan Kobekas

KOTA KINABALU: Koperasi Bekas Polis Sabah (Kobekas) menyarankan para Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang baru dilantik selepas mesyuarat Agung Tahunan 2018 agar lebih komited dan fokus kepada matlamat koperasi berkenaan yang masih lembab dalam menerokai bidang perniagaan.

Pengerusinya, Datuk Hamdan Diego berkata, koperasi perlu mengorak langkah lebih proaktif dengan mencari bidang baru yang mampu untuk menambah dana yang ada.

“Kerana, jikalau bergantung kepada bidang yang diceburi sekarang sudah pasti keadaannya semakin tidak berubah atau statik.

“Kita mahu setiap tindakan kita dapat pulangan hasil yang memberangsangkan.

“Justeru, kita perlu berani menerokai bidang perniagaan lain dengan bantuan kerajaan untuk mendapatkan tawaran kerja sama ada dalam sektor pengilangan atau perkhidmatan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat pertama Kobekas di Wisma Yakim Aras 4 baru-baru ini.

Tambahnya, Ahli Lembaga Kobekas juga perlu terus mengadakan rundingan semula kepada usahawan yang pernah menawarkan kerjasama dengan Kobekas dalam bidang perniagaan.

Namun jelasnya, sehingga sekarang tidak menampakkan kesungguhannya walaupun telah dihubungi beberapa kali.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Jibidah bin Sabah mahukan Kobekas terus merancakkan pelaksanaan program perniagaan yang telah siap disusun atur.

“Ia supaya koperasi itu tidak akan menghadapi masalah tabungan kewangan terutamanya membayar balik pinjaman daripada SKM,” tambahnya.

Jibidah berkata, beliau selaku wakil kepada Pengarah SKM Sabah yang dihantar khas untuk memantau perjalanan mesyuarat yang mana beliau berpuas hati dan berharap agar apa sahaja yang diputuskan semasa mesyuarat itu dilaksanakan secepat mungkin.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan