Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli KOPEKS mencecah 10 ribu ahli

7:01pm 31/07/2016 Leolerry Lajius 20 views Tempatan
Maznah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim sambil diperhatikan oleh Buvil (kiri).

Maznah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim sambil diperhatikan oleh Buvil (kiri).

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) sehingga kini mencecah angka 10,000 ahli yang mana 8000 daripada jumlah itu adalah ahli aktif.

Pengerusi KOPEKS Datuk Maznah Abdul Ghani berkata, Kopeks bukan sekadar memberikan kemudahan pinjaman semata-mata apabila ahli menambah saham masing-masing, yang mana kini harga minima saham itu ialah RM200.

“Dividen yang kita umumkan adalah sentiasa naik dari tahun ke tahun berikutnya. Tahun lalu kita umumkan dividen sebanyak 14 peratus yang mana lima peratus atas saham dan sembilan peratus adalah sagu hati,” katanya.

Katanya, tabung bulanan sebanyak RM50 yang disimpan oleh para ahli itu kembali 100 peratus ketika pengumuman dividen itu.

Menurutnya lagi, Kopeks kini turut berada dalam kedudukan 32 daripada 12 ribu koperasi yang ada di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena  majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Kopeks, di sini, kelmarin.

Sempena majlis berkenaan seramai 20 anak-anak yatim dari Rumah Anak Kesayangan Sabah turut diraikan.

“Tujuan kita raikan majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kita dengan para ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Sumbangan yang diberikan kepada anak yatim itu adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) Kopeks,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis itu kelmarin.

Beliau berkata, program CSR itu akan diteruskan pada masa hadapan yang mana tumpuan akan diberikan kepada memberi bantuan kepada anak-anak ahli Kopeks yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Pengawai Eksekutif Kopeks Buvil Angkui, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai serta tetamu kehormat yang lain./SayangSabah

Maznah (tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan.

Maznah (tengah) mengambil gambar bersama tetamu yang hadir sempena majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan