Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ahli komponen BN perlu bekerjasama- Radin

9:23pm 24/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 13 views Tempatan
Radin menerima memento daripada Kapitan Yong Ywa Cheng, Ketua Bahagian MCA Tenom selaku pengerusi majlis Gong Xi Fa Cai MCA Tenom

Radin menerima memento daripada Kapitan Yong Ywa Cheng, Ketua Bahagian MCA Tenom selaku pengerusi majlis Gong Xi Fa Cai MCA Tenom

TENOM- Ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) harus bekerjasama untuk memberikan penerangan kepada rakyat dan menangkis pelbagai tomahan terhadap kerajaan BN di media sosial itu, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh.

Menurut beliau, kerjasama padu ahli-ahli parti komponen BN di Sabah khususnya di kawasan Parlimen Tenom dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap akan menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Radin yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata ahli-ahli parti komponen BN harus menghayati dan mempraktiskan amalan perundingan, permuafakatan dan perkongsian kuasa yang menjadi teras kekuatan BN sejak kemerdekaan negara ini.

Kejayaan-kejayaan BN selama ini adalah hasil daripada sokongan dan keyakinan rakyat berbilang kaum termasuklah masyarakat Cina terhadap pendekatan-pendekatan BN yang terbukti menjana kestabilan dan kemakmuran negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, katanya.

Radin berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan Gong Xi Fa Cai anjuran parti MCA bahagian Tenom di Binai, disini, pada hari ahad lepas.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Bahagian MCA Tenom, Kapitan Yong Yaw Cheng selaku pengerusi penganjur majlis itu, Datin Angeline Tom, para Kapitan Cina daerah Tenom, ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional serta penduduk tempatan.

Penganjuran majlis-majlis rumah terbuka Gong Xi Fa Cai itu amat baik seiring dengan dasar-dasar dan pelbagai usaha kerajaan untuk meningkatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini, katanya.

“Sambutan perayaan Gong Xi Fa Cai pada hari ini sudah tidak terhad kepada masyarakat Cina sahaja, malah kaum-kaum lain juga telah menjadikan sambutan perayaan ini sebagai landasan untuk mengeratkan lagi perhubungan dan interaksi demi keharmonian bersama,” katanya lagi.

“Masyarakat Cina seperti juga kaum-kaum lain di negeri ini amat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan dan bantuan dari kerajaan dalam pengembangan kebudayaan masing-masing,” katanya.

Kejayaan-kejayaan masyarakat Cina dalam pelbagai bidang ekonomi juga menjadi inspirasi kepada kaum-kaum lain untuk meningkatkan daya saing mereka dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan di negeri ini, tambahnya.

“Rakyat terutamanya daerah Tenom akan terus menyokong kerajaan dan tidak terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang memburuk-burukkan kerajaan yang disebarkan oleh golongan-golongan tertentu melalui media-media sosial.

“Kestabilan dan perpaduan rakyat berbilang kaum pada hari ini harus dipertahankan oleh kita demi kesinambungan kemajuan negeri dan kesejahteraan hidup rakyat.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan