Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Ah long’ boleh disiasat di bawah POCA

BANTERAS AH LONG... Antara poster iklan ah long yang diturunkan oleh pihak berkuasa.
BANTERAS AH LONG… Antara poster iklan ah long yang diturunkan oleh pihak berkuasa. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Sebanyak 1,546 keping iklan ‘ah long’ dalam pelbagai bentuk dan saiz telah diturunkan oleh pihak berkuasa dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini.

Operasi Vulture yang diadakan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain menumpukan kawasan Luyang, Inanam, Tanjung Aru, Alamesra, Menggatal dan di sekitar bandaraya ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, semua iklan yang diturunkan itu diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk tindakan selanjutnya.

“Selain itu, polis juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membatalkan 124 nombor telefon yang tertera dalam setiap iklan terbabit,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah, Karamunsing di sini hari ini.

Menurutnya, individu yang terlibat dengan kegiatan tersebut juga boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 atau POCA.

“Suspek yang disiasat di bawah POCA boleh ditahan selama 72 hari atau penahanan dan sekatan selama dua tahun serta boleh ditambah sekiranya perlu oleh Lembaga Pencegahan Jenayah,” katanya.

Pada tahun lepas, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka yang menyaksikan 20 orang telah ditangkap yang terdiri 15 lelaki dan lima wanita.

Daripada jumlah itu, tiga kertas siasatan yang melibatkan empat orang tertuduh telah dibawa di mahkamah untuk didakwa mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang. Sementara baki yang ditangkap masih dalam siasatan.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan