Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Agnes Keith dalam Kenangan

Sintiong (kiri) bersama Juanis (dua dari kiri) selepas menyempurnakan simbolik perasmian Sambutan Hari Agnes Keith 2015.
Sintiong (kiri) bersama Juanis (dua dari kiri) selepas menyempurnakan simbolik
perasmian Sambutan Hari Agnes Keith 2015.

SANDAKAN: Keistimewaan dan keunikan penduduk yang dihiasi dengan adat resam serta budaya sopan santun telah memberi idea kepada Agnes Newton Keith untuk menulis buku bertajuk “Land Below The Wind”.

Buku yang ditulis pada 1939 itu bukan sahaja telah menjadikan Sandakan terkenal di mata dunia, malah Sabah juga dikenali sebagai “Land Below The Wind” atau “Negeri Di Bawah Bayu”.

Berikutan itu, Kurator Muzium Wilayah Pantai Timur Sandakan, Juanis Ogak berkata, HariAgnes Keith 2015 amat signifikan kerana sambutan itu meraikan ulangtahun Agnes NewtonKeith yang ke-114 tahun.

“Sambutan ini amat bermakna lebih-lebih lagi kepada warga Sandakan kerana di daerah inilah tercetusnya idea beliau untuk menulis nukilan nostalgianya dalam buku berkenaan. Menerusi sambutan ini, kita beri penghormatan dan peringatan serta tanda terima kasih kerana daya usaha beliau telah menjadikan Sandakan dan Sabah lebih dikenali di serata dunia,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Agnes Keith 2015 di Sandakan.

Sambutan sempena Festival Sandakan 2015 dan Bulan Kraf Eksotika 50 Tahun Muzium Sabah205 itu, telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Sintiong Gelet. Rumah Agnes Keith telah dibaikpulih pada 2002 dan dibuka untuk kunjungan pelancong bermula 2004.- AA/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan