Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Agihan hasil cukai pelancongan harus dibahagikan kepada tiga- Masidi

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menegaskan agar janji pengagihan hasil cukai pelancongan dibahagi kepada tiga iaitu kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjung seperti yang pernah diumumkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ditunaikan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata, agihan hasil cukai pelancongan haruslah dibahagikan kepada tiga termasuklah kepada Sabah, Sarawak serta Semenanjung sepertimana yang dijanjikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebelum ini.

“Kita akan memastikan Sabah tidak akan rugi sekiranya cukai ini dilaksanakan kerana Sabah dan Sarawak mempunyai keistimewaan tersendiri dan mempunyai Lembaga Pelancongannya sendiri yang bekerja keras untuk mempromosikan sektor pelancongan di kedua-dua negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan  daripada Datuk Seri Wilfred M. Bumburing (ADUN- Tamparuli) ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 DUN Sabah yang ke-14, di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak telah membuat permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan melalui  satu memorandum bersama, membabitkan  pendirian kedua-dua negeri berhubung perkara berkenaan yang sudah disediakan dan ditandatangani bagi dikemukakan kepada Perdana Menteri oleh Kerajaan negeri melalui Ketua menteri kedua- dua negeri.

“Antara perkara yang dipersetujui dalam memorandum terbabit adalah memohon penangguhan kuatkuasaan Akta Cukai Pelancongan 2017 sehingga 31 Mac tahun hadapan.”

“Belum ada arahan bila penguatkuasaan akta ini dan sekiranya ia dilaksanakan ia haruslah bermula pada 31 Mac tahun hadapan kerana kontrak membawa pelancong oleh pengendali pelancongan akan tamat dan diperbaharui pada bulan Mac setiap tahun.”

“Sekiranya dilaksanakan awal daripada bulan Mac, pengendali pelancongan terbabit terpaksa membayar cukai pelancongan dan kesannya akan membebankan pengendali pelancongan berkenaan,” katanya.

Memorandom berkenaan dipersetujui semasa mesyuarat bersama dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak berkaitan Akta Cukai Pelancongan 2017 yang turut dihadiri oleh wakil Peguam Besar Sabah dan Sarawak serta Persatuan Pelancongan Sabah dan Sarawak termasuklah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pada 4 Julai lepas.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan