Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Agihan BR1M kepada penerima yang tiada akaun mulai 4 Mac

2:00pm 04/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 252 views Tempatan
Mesyuarat pengagihan baucar BR1M tahun 2016 bagi kawasan Bandaraya Kota Kinabalu  diadakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Kesejahteraan Masyarakat (JKsM) DBKK, Karim Rahim (lima dari kanan). Turut kelihatan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.14 Likas, Ir. Chin Shu Ying (tiga dari kanan); PPM N.13 Inanam, Fredolin Totin Bangon (empat dari kanan); Pemaju Masyarakat N.12 Karambunai, Latifah Mudin (dua dari kiri); Pemaju Mukim N.16 Luyang, Chai Yee Fu (dua dari kanan); Pemaju-pemaju Mukim N.15 Api-Api,   Zainie Mohd Yakub (tiga dari kiri), Steward Philip (empat dari kiri); dan pegawai-pegawai DBKK.

KOTA KINABALU- Penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2016 bagi kawasan Bandaraya Kota Kinabalu akan diagihkan kepada penerima-penerima layak yang tidak mempunyai akaun bank bermula hari ini (4 Mac 2016).

Menurut Pengarah Jabatan Kesejahteraan Masyarakat (JSKM) DBKK,Karim Rahim, pengagihan baucar BR1M Fasa 1 Kelompok 1 akan dibuat melalui pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di lima buah kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N.12 Karambunai, N.13 Inanam, N.14 Likas, N.15 Api-Api dan N.16 Luyang.

Karim berkata demikian semsa dalam mesyuarat pengagihan baucar BR1M tahun 2016 bagi kawasan Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan baru-baru ini.

Beliau berkata penerima-penerima yang disahkan layak menerima bantuan ini boleh berhubung terus dengan pejabat UPPM di kawasan masing-masing mulai 4 Mac di talian seperti berikut: 088-496418 (UPPM N.12 Karambunai), 088-430084 (UPPM N.13 Inanam), 088-425198 (UPPM N.14 Likas), 088-232600 (UPPM N.15 Api-Api) dan 088-239233 (UPPM N.16 Luyang).-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan