Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘AGGRESSIVE POLICING’ – Dadah Dan Jenayah Akan ‘DIBANTAI’ Habis-Habisan

9:36am 03/08/2016 Pak Roshan 1067 views Jenayah,Mutakhir

13895271_652943614864846_1270825102113941394_n

Tawau : Sekitar jam 8.20 malam semalam, sepasukan polis diketuai Inspektor Mohamad Sobbri dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dikerah ke sebuah hotel untuk mengesan 3 suspek kes pecah masuk sebuah kedai bulan lepas.

Semasa serbuan dilakukan, 3 suspek lelaki berbangsa Cina itu berada di hotel berkenaan dan tidak menyedari kehadiran pihak polis.

Hasil pemeriksaan di dalam bilik hotel, pihak polis menemui bungkusan rokok pelbagai jenama dipercayai diambil dari kedai yang dipecah masuk, 2 bilah mata gergaji besi dan 3 kunci kereta. Turut ditemui adalah syabu seberat 0.1 gram.

Suspek berusia di antara 25 hingga 34 tahun dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

******************************
Bahagian Narkotik Daerah dan Strike Team pula lain ceritanya. Dalam membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah, ops dijalankan dari masa ke semasa untuk menggempur musuh no.1 negara itu secara agresif.

Dalam Ops Sarang yang diadakan baru-baru ini, seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan semasa serbuan dilakukan di rumahnya di Kampung Kinabutan. Penganggur yang juga dipercayai menjadi pengedar dadah itu dipercayai membekalkan dadah kepada penagih di sekitar kawasan tersebut.

Dadah jenis syabu dianggarkan seberat 51.18 gram dengan nilai pasaran lebih kurang RM6000.00 ditemui pihak polis dalam beg sandang yang dibawanya.

Turut dirampas 2 telefon bimbit yang dipercayai digunakan sebagai alat perhubungan pengedar terbabit dengan para pembelinya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh disabit dengan hukuman mati jika sabit kesalahan

Dalam pada itu, seramai 16 orang penagih termasuk seorang wanita turut ditahan dalam ops yang dijalankan di sekitar Kampung Kinabutan, Jalan Apas dan Wakuba itu.

Sumber: Facebook Polis Daerah Tawau

Sebarang maklumat berkaitan jenayah dan dadah boleh disalurkan melalui:
Inbox laman FB Polis Daerah Tawau
Talian hotline IPD Tawau – 089772121
Balai-balai polis berdekatan

13895493_652943541531520_6247778246591051133_n hotel

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan