Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Agensi kerajaan perlu terlibat dalam aktiviti sukarelawan

Jainab menerangkan usaha melaksanakan Strategi Lautan Biru kepada wakil agensi-agensi kerajaan.
Jainab menerangkan usaha melaksanakan Strategi Lautan Biru kepada wakil agensi-agensi kerajaan.

SANDAKAN – Penglibatan agensi-agensi kerajaan dalam aktiviti sukarelawan adalah amat dialu-alukan bagi memastikan perancangan dalam Strategi Lautan Biru dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Ini kerana, khidmat sukarelawan bukan sahaja penting dalam membantu pihak berkuasa tempatan menjaga ketenterama awam, tetapi juga mengambil tahu isu-isu kepenggunaan dan bencana alam.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, dengan adanya kerjasama semua pihak akan dapat membantu sesama agensi kerajaan menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

“Sebagai contoh, kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Sabah (KPDNKK) tidak mencukupi untuk menjalankan pemantauan bagi seluruh negeri Sabah.

“Namun, dengan adanya bantuan semua agensi kerajaan dapat mengambil bukti resit berserta gambar dan melaporkan kepada KPDNKK agar isu-isu harga barang naik dapat dibanteras,” katanya ketika mengadakan sesi perbincangan bersama ketua-ketua jabatan negeri dan
Persekutuan, di sini semalam.

Jainab berkata, hal ini penting bagi masyarakat yang juga pengguna bagi mendapatkan hak dalam menyuarakan isu-isu kepenggunaan. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan