Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Agensi Kerajaan Digalakkan Anjur Acara Dan Kempen Kreatif Semarak Semangat Patriotime

yahya husin

KOTA KINABALU– Jabatan dan agensi kerajaan termasuk orang perseorangan digalakkan menganjurkan pelbagai pertandingan, acara dan aktiviti kreatif yang mencerminkan semangat patriotisme sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri yang bermula Isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Datuk Seri Yahya Hussin berkata program seumpama itu dapat menekankan beberapa aspek termasuk mencerminkan penyertaan pelbagai kaum, penglibatan secara meluas generasi muda dan pengisian aktiviti berkisarkan patriotisme kepada negara.

“Selain Jabatan Penerangan, agensi dan jabatan lain seperti Jabatan Pelajaran di peringkat sekolah selain orang perseorangan boleh mengadakan pertandingan dan kempen serta program kembara dan ekspedisi seperti mendaki Gunung Kinabalu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, di sini, Jumaat.

Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Yunus Saprin.

Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dijangka merasmikan majlis pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat negeri di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Isnin ini.

Sementara itu, Yahya berkata sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos akan diadakan di Lintasan Deasoka di sini manakala acara perbarisan Hari Kemerdekaan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Menurutnya, pelbagai acara menarik termasuk Kembara Jalur Gemilang dan Pertandingan Keceriaan Merdeka diadakan.

“Kita menjemput orang ramai hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis itu dan dianggarkan 20,000 Jalur Gemilang dan bendera Sabah akan diedarkan pada hari pelancaran Isnin ini,” katanya.

Tema Hari Kemerdekaan tahun ini “Malaysia: Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”.

Komen


Berita Berkaitan