Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Agensi dibawah KKLW pastikan bantuan kepada mangsa kebakaran

Razak (kanan) bertanya khabar kepada seorang mangsa warga emas yang sakit ekoran tekanan darah tinggi dan meminta pihak berkenaan membawa beliau ke Hospital mendapatkan rawatan lanjut.
Razak (kanan) bertanya khabar kepada seorang mangsa warga emas yang sakit ekoran tekanan darah tinggi dan meminta pihak berkenaan membawa beliau ke hospital mendapatkan rawatan lanjut.

SEMPORNA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memastikan agensi agensi di bawah kementerian tersebut turut membantu mangsa mangsa kebakaran rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau yang berlaku pada awal pagi Rabu lalu.

Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Razak Sakaran berkata, bantuan itu perlu diberikan memandangkan mangsa yang terlibat ada yang gagal menyelamatkan harta benda mereka semasa kejadian tersebut selain tanggungjawab sosial agensi berkaitan kepada masyarakat.

Menurutnya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sendiri ada memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut dan ia akan diselaraskan sebaik sahaja proses pendaftaran mereka yang terlibat diselasaikan.

“Ketika ini keutamaan kita adalah memastikan mereka yang terlibat mendapat bantuan awal seperti penempatan sementara, bekalan makanan dan juga keperluan ubat-ubatan kerana terdapat mangsa terlibat adalah warga emas yang mengalami kecederaan ringan semasa menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan menemuai mangsa terlibat di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Semporna Dewan Belia Semporna dan Dewan Serbaguna Kampung Bangau-Bangau.

Sambil melahirkan rasa simpati, Razak berharap mereka yang terlibat bersabar kerana bantuan awal berupa makanan dan bantuan kebajikan mangsa kebakaran yang kini ditempatkan di dewan orang ramai untuk tempoh sementara waktu, telah disalurkan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan