Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Agensi agama Islam perlu lebih kreatif dan Inovatif, kata Arifin

kazim

KOTA KINABALU: Agensi-agensi agama Islam perlu membuat program yang lebih kreatif dan Inovatif agar dapat mendekatkan agensi itu dengan masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif berkata dengan cara itu membolehkan masyarakat tertarik dengan program yang dilaksanakan oleh agensi-agensi agama ini.

“Kita perlu kreatif dan inovatif dalam merancang sesuatu program itu untuk membolehkan masyarakat Islam terutamanya tertarik dengan program-program yang kita anjurkan itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut berkata demikian ketika melancarkan Program Semarak Ramadan Peringkat Negeri Sabah dan Pameran Agensi-Agensi Agama Islam di Jalan Gaya di sini baru-baru ini.

Mohd Arifin berkata agensi-agensi ini perlu menyelami hati nurani dan kehendak masyarakat Islam itu sendiri tentang minat mereka agar apa juga program-program keagamaan itu terus mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat Islam.

Beliau memberikan contoh seperti ceramah-ceramah perdana agama yang menampilkan personaliti dan pendakwah terkenal melalui Rancangan ‘ Kalau Dah Jodoh’ di Astro, Ustaz Mohd Kazim Alias yang sering di datangkan ke Sabah yang dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu pengunjung untuk mendengar ceramahnya di negeri ini.

Difahamkan dalam tiga ceramah yang diadakan oleh Ustaz Mohd Kazim yang diadakan di Wisma Muis Kota Kinabalu, Tawau dan Papar baru-baru ini dianggarkan lebih 20,000 umat Islam membanjiri tempat-tempat ceramah itu diadakan.

“Ini salah satu pendekatan yang baik untuk membolehkan umat Islam menimba ilmu secara santai dan menghiburkan,” katanya.

Mengenai program Semarak Ramadan, Mohd Arifin berkata ianya bukan saja boleh mendekatkan masyarakat dengan agensi-agensi agama Islam tetapi memberikan pendedahan Program Ramadan kepada masyarakat.

Beliau berkata program seumpama ini juga dapat mengeratkan lagi perpaduan dan silaturahim di kalangan sesama masyarakat Islam.

Sempena bulan Ramadan yang akan menjelang tiba pada hujung bulan ini, Mohd Arifin juga menyeru umat Islam supaya bersiap sedia dengan ilmu bagi menghadapi Ramadan yang bekal tiba.

Komen


Berita Berkaitan