Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AGARAS mengumpul dana bagi tujuan pembinaan Chapel

11:23pm 11/02/2016 Leolerry Lajius 534 views Tempatan
Micheal (kanan) menyerahkan kunci Chapel kepada Fr Nicholas ketika majlis perasmian Chapel tersebut.

Micheal (kanan) menyerahkan kunci Chapel kepada Fr Nicholas ketika majlis perasmian Chapel tersebut.

RANAU: Chapel St Mary Manantanga yang dibina sejak tahun 1993 dengan menggunakan kayu hutan serta berdindingkan bambu dan berlantaikan tanah mendapat sentuhan baru apabila sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Angkatan Gabungan Rakyat Sabah (AGARAS) tampil untuk mengumpul dana bagi tujuan pembaikan Chapel tersebut.

Bangunan Chapel ini yang diviralkan melalui  Media Social Facebook telah mendapat perhatian daripada pihak Agaras Sabah dan terus membuat lawatan ke lokasi  dan melihat keperluan bahawa bangunan tersebut memerlukan pembaikan.

Menurut Presiden AGARAS  Micheal Frederick, selepas meninjau keadaan bangunan tersebut, pihaknya telah mengumpul dana dan sekitar bulan Oktober tahun lalu bangunan baru menggantikan bangunan yang telah lama mulai dibina dan siap sepenuhnya pada bulan November tahun 2015.

“Walaupun AGARAS adalah badan NGO yang baru namun Agaras tampil mengambil cabaran  dan berusaha membantu pihak gereja untuk mendirikan chapel baru dengan mencari dana,”katanya.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih  kepada penderma-penderma seperti  DSP Masidi Manjun, Tan Sri Benard Dompok,  Datuk Bobbey Suan,  Datuk Dr Jeffrey Kitingan,  Datuk Donald Mojuntin, Puan Lovita Koisun, Datuk Yap , Agaras Bingkor ,Agaras Papar , Agaras Tuaran dan individu-individu yang turut serta memberi sumbangan kepada Chapel ini.

Di samping itu pihak Agaras juga turut meminta agar  rakyat Malaysia sentiasa menjaga kebudayaan dan keharmonian di Malaysia khususnya di Negeri Sabah dimana bagi saudara Islam dan Kristian tiada sempadan , saudara islam boleh berkunjung ke Gereja , saudara kristian boleh berkunjung ke Masjid dan menjadikan  ia satu amalan dan diteruskan  oleh generasi seterusnya.

Majlis perasmian Chapel tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Khas Datuk Masidi, ahli-ahli AGARAS dan umat-umat berdekatan yang dirasmikan oleh  Fr Nicholas Stephen yang bertugas di Paroki St Claver Ranau.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan