Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AFPP iftar bersama pensyarah dan pelajar FPP UMS

KOTA KINABALU: Alumni Fakulti Psikologi dan Pendidikan (AFPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Iftar sambil Beramal di Hotel Dreamtel di sini baru-baru ini.

Pengarah Program Hajah Hairuni Haji Kasuagi berkata, penganjuran majlis itu mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada kalangan pensyarah dan mahasiswa Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) tetapi juga daripada pegawai-pegawai kerajaan serta orang awam yang sama-sama hadir mengimarahkan majlis berbuka puasa.

“Majlis ini bukan sekadar iftar biasa tetapi untuk berkongsi kegembiraan dan kesyukuran kepada mahasiswa FPP dalam menyambut bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelang tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, program itu merupakan aktiviti yang keempat dianjurkan oleh AFPP sambil berharap agar program sedemikian dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang.

“Program-program yang dianjurkan AFPP memberi manfaat dan kebaikan kepada individu dan masyarakat khususnya dalam memupuk semangat perpaduan dan keharmonian.

“Dalam masa yang sama, program seumpama ini boleh dijadikan platform perkongsian pengalaman, kepakaran dan kemahiran antara alumni kepada pelajar UMS,” tambah Hajah Hairuni.

Hadir sama pada majlis itu, Dekan FPP, Prof. Dr. Mohd Dahlan Haji A. Malek dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FPP, Dr. Soon Singh Bikar Singh./SayangSabah

Antara yang hadir pada Majlis Iftar tersebut. Turut kelihatan Hajah Hairuni (duduk tepi kiri) dan Prof. Dr. Mohd Dahlan (duduk tengah).

Komen


Berita Berkaitan