Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

AFFIN sumbang RM120 ribu untuk pelajar yang kurang berkemampuan

8:09pm 07/01/2016 Leolerry Lajius 40 views Pendidikan,Tempatan
-Gambar Oleh Alexion Mairin

-Gambar Oleh Alexion Mairin

KOTA KINABALU: Sebanyak RM120,000 disumbangkan oleh AFFIN Holdings Berhad kepada 600 orang pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan di tiga kawasan parlimen melibatkan Daerah Ranau, Putatan dan Keningau dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Promenade pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, sumbangan tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan sebagai bantuan dalam menjalankan pembelajaran.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak AFFIN kerana memberikan bantuan ini dan saya berharap agar tanggungjawab sosial seumpama ini akan diteruskan lagi bagi membantu pelajar dalam meneruskan pembelajaran mereka,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambah beliau, dengan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh pihak AFFIN ini, beliau berharap agar lebih banyak lagi syarikat tempatan yang akan mengadakan bantuan serupa bagi golongan yang memerlukan.

Ketika majlis tersebut, penyerahan bantuan kepada 60 orang pelajar yang terdapat di sekitar Parlimen Putatan juga turut disampaikan oleh beliau dengan menerima RM200.00 setiap seorang.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr.Marcus Markin Mojigoh, Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr. Ewon Ebin dan Pengerusi Affin Holding Bhd. Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan