Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ADUN Tungku Datuk Suhaili Said Meninggal Dunia

6:52pm 24/03/2017 Pak Roshan 4045 views Berita Pilihan,Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

LAHAD DATU, 24 Mac : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, 56, meninggal dunia petang tadi di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kakaknya, Ajarah Said yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham yang meninggal pada pukul 3.10 petang mengalami sakit kanser hati akan dibawa balik ke Kampung Remang.

“Saya mendapat maklumat ini daripada anak buah saya (anak arwah) dan berita ini sesuatu yang mengejutkan kerana arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum ini.

“Saya merancang untuk ke Kuala Lumpur pada malam ini namun dia (anak buah) meminta kami seluruh keluarga agar menunggu di sini sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Kampung Remang, Jalan Silabukan di Tungku esok sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Segangan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan