Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ADUN Sekong Mencadangkan Agar Golongan Ibu Tunggal Perlu Diberi Bantuan Perumahan

2:24pm 25/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 20 views Isu Semasa,Laporan Sidang DUN,Tempatan,Wanita
Datuk Samsudin Yahya

Datuk Samsudin Yahya

KOTA KINABALU- Kehidupan seorang ibu tunggal sememangnya tidak mudah sebab perlu menyara keluarga mereka tanpa bantuan.

Selain itu, keadaan mereka mungkin menjadi rumit jika mereka sakit dan tidak mampu untuk bekerja bagi meneruskan hidup.

Datuk Samsudin Yahya (BN- Sekong) berkata agensi dan kementerian yang berkaitan harus mengambil kira aspek perumahan bagi golongan ibu tunggal selain menyediakan bantuan kewangan dan sebagainya.

“Golongan ibu tunggal ini sukar untuk memiliki rumah sendiri jika tidak dibantu oleh mana-mana pihak yang berkaitan terutamanya dalam suasana kos kehidupan yang semakin meningkat ini dan ditambah dengan bebanan hidup,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri,disini hari ini (Rabu).

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2016 di Persidangan DUN Sabah mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga.

Samsudin menyeru Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengenalpasti wanita yang berstatus ibu tunggal di seluruh negeri ini dan memberi mereka satu Skim Perumahan Ibu Tunggal.

“Saya berharap agar golongan ibu-ibu tunggal ini turut diberi perhatian seperti mana kita memberikan perhatian kepada belia-beliawanis dan penjawat awam dalam mendapatkan perumahan”, kata beliau.

Disamping itu, Samsudin juga telah mencadangkan agar pengusaha-pengusaha hotel di negeri ini menyertai Program Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Beliau menyatakan bahawa melalui latihan ini, nilai-nilai persekitaran berkualiti dapat diterapkan dalam setiap petugas hotel disamping dapat memastikan pengurusan dan pengaturan di pejabat mahupun di bahagian operasi dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan efektif.

“Impak daripada amalan persekitaran berkualiti (QE/5S)  ini telah berjaya mempromosikan kecekapan dan pembangunan organisasi serta meningkatkan tahap kepuasan pelanggan mereka”, katanya.

Samsudin menyeru kepada setiap hotel di Sabah agar mereka mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam organisasi masing-masing. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan