Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ADUN Sarawak Mahu Pengundi Luar Bandar Kekalkan Sokongan Kepada BN

1:32pm 08/11/2015 Pak Roshan 16 views Mutakhir,Politik

BN

SIBURAN – Seorang Adun Sarawak menggesa pengundi luar bandar di negeri ini untuk meneruskan tradisi mereka menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya negeri akan datang menjelang pertengahan 2016.

Adun Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, ini akan memastikan mereka tidak ketinggalan menikmati manfaat daripada program transformasi luar bandar oleh kerajaan BN Sarawak.

Sagah yang juga timbalan speaker dewan undangan negeri, berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mahu meningkatkan pembangunan luar bandar untuk mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berkata demikian sebagai tetamu kehormat pada majlis makan malam dengan pemimpin-pemimpin yang dianjurkan oleh Persatuan Bisapug Sarawak (BAS) di sini, malam tadi.

Sagah menggesa para pemimpin masyarakat dan masyarakat Bisapug di empat kampung di Padawan iaitu Kampung Simpok, Kampung Mundai, Kampung Sarig dan Kampung Pesang, untuk bekerja bersama-sama dan memberikan sokongan kepada
persatuan itu.

Presiden BAS, Niko Panduk berkata, bidang pendidikan dan kebudayaan akan menjadi agenda persatuan itu tahun depan. Ia berhasrat untuk menganjurkan ceramah motivasi untuk pelajar daripada masyarakat Bisapug dan mengadakan pertandingan ratu cantik ‘Dayung Pimaguh Bisapug’.

Pada majlis itu, BAS menyampaikan insentif kepada 28 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM tahun lepas.

Sagah turut menyampaikan geran kerajaan RM25,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan St Mathew Mundai dan RM10,000 kepada Kampung Pembangunan Sarig dan Jawatankuasa Keselamatan. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan