Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ADUN Pantai Manis harap peruntukan Lebuhraya Pan Borneo digunakan untuk menaiktarafkan jambatan di Papar

6:31pm 18/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 40 views Laporan Sidang DUN,Tempatan

abdul rahim ismail

KOTA KINABALU- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rahim Ismail merayu agar peruntukkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang melibatkan daerah Papar merangkumi peruntukkan untuk menaiktarafkan jambatan keretapi dan kenderaan di daerah berkenaan.

Beliau berkata pembinaan jambatan baharu itu penting bagi menampung kesan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dimana dearah itu bakal menerima impak atau limpahan daripada projek tersebut.

“Kita akan berasa amat janggal jika kita kelak mempunyai sebuah lebuhraya yang besar, selesa dan indah tetapi jambatan yang menjadi gerbang laluan utamanya sangat uzur dan mencacatkan pemandangan,”katanya ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut memohon agar menaiktarafkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) secara menyeluruh untuk memberikan keselesaan kepada pengguna, sekaligus meningkatkan mutu perkhidmatan agensi pengangkutan tertua di negeri Sabah itu.

“Saya difahamkan usaha sedang dilakukan untuk membaik-pulih prasarana JKNS di Papar, tetapi ia Cuma melibatkan kerja- kerja kecil seperti mengecat bangunan,”katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata masyarakat daerah itu menyambut baik projek Lebuhraya Pan Borneo kerana ia dapat melonjakkan sektor perlancongan dan perkhidmatan serta membuka peluang- peluang pekerjaan dan perniagaan di daerah tersebut. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan