Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ADUN Minta Kerajaan Percepat Pembinaan Mini UTC Di Sandakan

UTC LABUAN

KOTA KINABALU, 21 Nov – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Samsudin Yahya menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pembinaan sebuah mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sandakan.

Samsudin (BN-Sekong) berkata mini UTC di Sandakan telah ada dalam perancangan sebelum ini, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

“Saya menyarankan Kementerian Kewangan Sabah dan Persekutuan serta Unit Perancang Ekonomi Sabah memberi perhatian mengenai perkara ini dengan mengambil kira keselesaan dan keperluan penduduk di daerah Sandakan untuk mempunyai mini UTC seperti di Tawau, Keningau dan Kota Kinabalu.

“Kita tidak mahu perancangan yang ada hanya sekadar melepaskan batok di tangga, malah sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kita mahu memperbaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya ketika membahaskan Bajet Sabah 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata kemudahan UTC merupakan satu daripada usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar dalam satu pusat sehenti.

Sementara itu, mengulas  Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, Samsudin berkata bajet itu jelas memberi perhatian kepada penyediaan infrastruktur rakyat Sabah.

“Begitu juga keperluan asas rakyat seperti jalan raya, bantuan sekolah daif, bekalan elektrik, perumahan rakyat dan bantuan musim tengkujuh serta projek mesra rakyat.  Keprihatinan kerajaan pusat dalam menyediakan kemudahan dan pembangunan Sabah akan merealisasikan usaha kerajaan dalam membela nasib rakyat.

“Jadi apa yang penting kita perlu terus memberi sokongan dan dukungan kepada pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) agar usaha murni berkenaan tidak terbengkalai begitu sahaja,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan