Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ADUN Likas Digantung Enam Bulan Daripada Persidangan DUN

adun likas

KOTA KINABALU– Junz Wong (DAP-Likas) Rabu digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 90 dewan iaitu memelihara kehormatan dan kesucian dewan.

Ketika membentangkan usul itu, Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Datuk Teo Chee Kang berkata Wong memuat naik gambar kecederaan seorang wanita, yang mendakwa dirompak dan dicederakan di sebuah pusat membeli-belah di sini, dalam akaunnya di laman sosial Facebook tanpa mendapat pengesahan kesahihan gambar berkenaan.

Beliau berkata wakil rakyat Likas itu juga telah membuat komen pada gambar yang dimuat naik tersebut iaitu ‘KK (Kota Kinabalu) is no longer safe for the public to walk around’ (KK tidak lagi selamat untuk orang awam berjalan-jalan).

Insiden itu berlaku pada 6 Jan lepas.

Teo berkata pada keesokan harinya, wanita terbabit yang berusia 20-an membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, insiden itu didapati palsu dan sengaja dibuat gara-gara wanita itu mahu perhatian ibu bapanya, kata beliau.

Komen


Berita Berkaitan