Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ADUN Kepayan seru taman perumahan terlibat dalam kitar semula

Penampang : Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Jannie Lasimbang meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri anjuran Perumahan Selesa Court, Kampung Nosoob, pada Ahad.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, kagum dengan usaha ahli jawatankuasa yang mengendalikan majlis tersebut di samping menyeru penduduk agar bergiat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar serta kebudayaan yang dapat menonjolkan identiti di setiap kawasan atau kampung.

“Aktiviti kitar semula giat dijalankan setiap minggu bagi memunggut bahan-bahan buangan seperti plastik, kertas, serta bahan-bahan elektronik yang membantu pengurusan perumahan menambah pendapatan.

“Selain itu, taman perumahan ini boleh memperkenalkan identiti kampungku bagi menarik orang ramai terutama pelancong untuk berkunjung dan memperkenalkan kebudayaan atau mempelajari bahasa ibunda di kawasan tersebut,” jelas beliau yang sempat meninjau persekitaran perumahan berkenaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Taman Selesa Court, Masrin Kasran yang menzahirkan keinginan penduduk memiliki mini dewan untuk aktiviti kemasyarakatan serta riadah./Penerangan-

Jannie bersama Ahli Jawatankuasa Taman Perumahan Selesa Court.

Komen


Berita Berkaitan