Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ADUN HARAP PENAIKTARAFAN KIULU SEBAGAI DAERAH KECIL DILAKSANAKAN SECEPAT MUNGKIN

Datuk Joniston Bangkuai beramah-mesra dengan penduduk Tudan. Gambar SNT/Ehsan Pejabat ADUN Kiulu

TUDAN (KIULU): Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berharap penaikkan taraf Kiulu sebagai Daerah Kecil dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Bercakap di majlis perjumpaan dengan penduduk kampung disini semalam, beliau memberi komitmen untuk terus menyuarakan perkara itu sehingga menjadi kenyataan.

Menurut Joniston beliau telah mengajukkan pertanyaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini status penaikkan taraf Kiulu sebagai Daerah Kecil.

Katanya Ketua Menteri dalam jawaban bertulis kepada pertanyaan itu, memaklumkan bahawa kertas kabinet cadangan pewujudan Daerah Kecil Kiulu sedang dirangka dan masih menunggu maklumat tambahan dan maklumbalas daripada agensi-agensi yang berkaitan.

Shafie juga memberi jaminan sebaik sahaja kertas cadangan itu lengkap, ianya akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk tindakan selanjutnya.Dalam jawaban bertulis itu, Shafie juga memaklumkan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah telah menyediakan Pelan Cadangan Pembesaran Pekan Kiulu sebagai rujukan untuk tujuan pembangunan.

Kawasan yang disediakan bagi cadangan pembesaran pekan tersebut dianggarkan seluas 97 ekar.
Shafie dalam jawaban beliau juga memberi perincian perancangan pembesaran Pekan Baru Kiulu yang meliputi kawasan perumahan, perdagangan, rekreasi, kemudahan masyarakat, kawasan kegunaan kerajaan dan pengangkutan apabila siap sepenuhnya kelak.

Cadangan tapak bagi bangunan Pejabat Daerah Kecil seluas 1.3 ekar juga telah dikenal pasti.
Joniston berkata keperluan mengangkat Kiulu sebagai Daerah Kecil bukan perkara baru, malahan telah dicadangkan oleh wakil rakyat Kiulu sebelum ini sejak era pemerintahan Parti Berjaya lagi.

“Saya melihat keperluan ini agak mendesak kerana Kiulu kini menjadi hab pelancongan luarbandar selain bakal menjadi pusat pelbagai kegiatan ekonomi apabila jalanraya baru Telipok-Kiulu-Ranau siap kelak,” kata Joniston.

Kiulu kini mempunyai lebih dari 40 pengusaha pelancongan dan berdasarkan kepada statistik terkini, bilangan pengunjung untuk tahun ini dijangka mencecah 100,000.

“Saya yakin pertukaran kerajaan tidak menjejaskan harapan masyarakat Kiulu untuk melihat impian Daerah Kecil direalisasikan,” katanya.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan