Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ADUN Cadang Naik Taraf Jalan Kimanis-Keningau

10:14pm 19/04/2016 Pak Roshan 2030 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan
Jalan Kimanis - Keningau

Jalan Kimanis – Keningau

KOTA KINABALU : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang mencadangkan agar kerajaan memasukkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Kimanis-Keningau dalam pakej pertama projek Lebuhraya Pan Borneo.

Katanya kerja menaik taraf jalan itu perlu diberikan keutamaan agar ciri-ciri keselamatan dapat dibina segera memandangkan struktur jalan raya di kawasan itu membahayakan keselamatan pengguna selain banyak berlaku kemalangan.

“Kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau bukan disebabkan laju atau kecuaian, tetapi disebabkan struktur jalan raya yang berbahaya.

“Saya berharap masih belum terlambat untuk memohon daripada kerajaan agar kerja menaik taraf jalan ini,” katanya ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, ADUN Kuala Penyu Limus Judy dalam ucapan bahasnya meminta kerajaan mempercepat kelulusan pembinaan dan kerja-kerja menaik taraf beberapa jalan di kawasannya.

Projek itu termasuk membina dan menaik taraf jalan Sangkabok Lambidan ke Jalan Malikai Tanjung Aru; Bulatan Menumpang ke Jalan Lapangan Terbang Tanimbak-Pantai Sawangan; Jalan Kampung Kabatung; dan Jalan Kampung Gana Bundu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan