Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adun Bugaya Bidas Pembangkang Tabur Janji Sukar Direalisasi

KETUA Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahaban. – Foto BERNAMA

 

SEMPORNA, 13 Julai :  Pemimpin parti pembangkang hanya tahu memanipulasi isu yang dekat dengan rakyat serta menabur pelbagai janji untuk menjadi popular, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, berkata hakikatnya apa yang dijanjikan pembangkang sukar untuk direalisasikan serta di luar kemampuan mereka.

“Senang untuk berjanji tapi mengotakannya mustahil, jadi rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah dan janji pembangkang yang manis-manis belaka tetapi tidak boleh direalisasikan,”kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu kepada pemberita selepas  merasmikan Majlis Graduasi Prauniversiti  ke-7 SMK Bugaya di Dewan Masyarakat di sini, hari ini.

Beliau turut menyifatkan pembangkang sebagai ‘buta dan bisu’ kerana tidak nampak usaha kerajaan dalam membangunkan negeri serta negara.

“Kerajaan Barisan Nasional telah sediakan segala-galanya dan UMNO khususnya telah terbukti menunaikan segala bentuk dasar yang diumumkan dan manifesto pilihan raya umum lepas,”katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan