Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ADUN Bongawan cadang penubuhan Yayasan Pendidikan Islam Sabah

KOTA KINABALU:  Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan Datuk Mohamad Bin Haji Alamin, mencadangkan agar sebuah Yayasan Pendidikan Islam Sabah ditubuhkan bagi mengangkat martabat pendidikan islam di negeri ini.

Menurut beliau, melalui penubuhan yayasan ini, ia akan dapat  menambahbaik kurikulum dan teknik pengajaran serta dapat mengurus segala dana dan asset demi memperkasakan pembangunan pendidikan islam di negeri ini.

“Jika kita lihat sekarang, timbul situasi ketika ini yang masing-masing seakan-akan berlumba-lumba untuk membuka Pusat-pusat Tahfiz mahupun sekolah pondok di negeri ini.”

“Tetapi di sudut lain jika tidak ada penyelarasan untuk mengurus sekolah ini, saya risau anak-anak ini apabila menamatkan pengajian mereka di pusat-pusat ini agak susah untuk bersaing di pasaran kerja,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas dan menyokong ucapan dasar kerajaan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN yang ke-14, di sini, hari ini.

Beliau juga meminta pihak yang bertanggungjawab agar mempercepatkan proses dan kerja mendalamkan Sungai Tari Baru, Sungai Kimanis, Sungai Madahan dan Sungai Bongawan yang kini semakin surut.

“Tersentuh hati saya melihat nelayan-nelayan kita terpaksa menyorong sampan dan perahu mereka keluar masuk ke laut untuk mencari sesuap nasi.”

“Saya juga difahamkan bahawa beberapa sungai turut tersumbat menyebabkan aliran air ke sawah-sawah padi terganggu yang turut menyebabkan aktiviti harian penduduk yang bekerja sebagai nelayan dan petani terjejas,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan