Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ADUN API-API BUAT TINDAKAN SUSULAN RABU INI

 

Tinjauan kerosakan akibat kejadian kanopi konkrit runtuh di Kampung Air, di sini. Gambar SNT/Ehsan Pejabat Adun Api-Api

KOTA KINABALU: Satu pemeriksaan di tempat kejadian kanopi konkrit sepanjang 30 kaki runtuh di Kampung Air telah dijalankan oleh wakil daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Api-Api, Christina Liew bersama pemilik kedai dan wakil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Christina yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri menghantar Setiausaha Politik beliau, Vivian Lee dan UPM, Grace Lee dalam membuat tinjauan dan pemeriksaan tersebut.

“Saya akan ambil tindakan susulan selepas balik dari outstation Rabu ini,” kata beliau.

Runtuhan kanopi konkrit sepanjang 30 kaki di Kampung Air masih belum dibersihkan lagi hari ini. Gambar SNT/Ehsan Pejabat Adun Api-Api

Lebih kurang jam 1 pagi Sabtu lalu, kanopi konkrit tersebut tiba-tiba runtuh dan mujur pada ketika itu kawasan tersebut sudah lenggang berbanding siang hari di mana ramai orang lalu lalang di kawasan tersebut.

Tinjauan di sekitar kawasan turut mendapati kanopi konkrit bangunan lain turut mengalami kerosakan dan mengundang bahaya. Gambar SNT/Ehsan Pejabat Adun Api-Api

Hanya sebuah kereta mengalami kerosakan terkena serpihan konkrit.

Gambar SNT/Ehsan Pejabat Adun Api-Api

Tinjauan bangunan lain di sekitar kawasan tersebut mendapati terdapat tanda-tanda kerosakan kepada kanopi konkrit yang boleh mengundang bahaya pada bila-bila masa.

Gambar SNT/Ehsan Pejabat Adun Api-Api

Christina sebelum ini berkata tindakan harus dibuat antaranya undang-undang kecil tentang penjagaan bangunan-bangunan lama di kawasan bandaraya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan