Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adiwira bela hak penjalan kaki

LELAKI yang menggelar dirinya Peatonito menolak kereta yang menghalang laluan pejalan kaki di Mexico City.
LELAKI yang menggelar dirinya Peatonito menolak kereta yang menghalang laluan pejalan kaki di Mexico City.

Mexico City: Pejalan kaki di bandar raya ini dihebohkan dengan aksi seorang lelaki bertopeng seperti adiwira yang berjuang membela hak mereka.

Dengan menggelar dirinya Peatonito atau Pejalan Kaki Kecil, dia menolak kereta yang menghalang laluan untuk pejalan kaki, membuat tempat menyeberang dengan menyembur cat pada jalan raya dan memanjat kenderaan yang diletakkan sesuka hati di tepi jalan – walaupun ibunya merayu supaya dia berhenti berbuat demikian.

“Ramai yang gembira dengan tindakan saya kerana mereka akhirnya mempunyai orang yang berjuang untuk nasib dan hak mereka,” kata Peatonito dengan wajahnya dilindungi topeng berjalur hitam putih yang dijahit neneknya.

Menurutnya, keselamatan pejalan kaki di bandar raya itu semakin sukar kerana ‘dijajah’ kenderaan dan pemiliknya yang mementingkan diri sendiri.

“Tidak ada orang yang membela nasib pejalan kaki sebelum ini,” kata Peatonito.

Mexico City mempunyai 21 juta penduduk dan lebih 4 juta kenderaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan