Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adira Sudah Berkahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?

7:18pm 17/12/2015 Pak Roshan 5600 views Hiburan

2-Adira-AF-Bakal-Kahwin-VIP-Jadi-Isteri-Kedua-ROTIKAYA-700x547

GEMPAR! Tiada angin, tiada ribut, industri hiburan tiba-tiba dikejutkan dengan berita yang menyatakan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasi, Adira telah berkahwin.

Lebih sensasi, penyanyi yang sinonim dengan gelaran Snow White Malaysia ini dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki VIP yang dikenali sebagai Dato’ Red.

Berita itu tersebar apabila seorang wanita yang dipercayai isteri pertama kepada lelaki yang dikaitkan sebagai suami Adira sekeping memuat naik gambar di laman Facebooknya.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Datin Red ini dilihat memeluk erat Adira dengan kapsyen, ‘with sister‘ (bersama adik).

Gambar yang tiba-tiba ‘meletup’ di laman Facebooknya itu mengundang pelbagai reaksi daripada kenalannya.

Salah satu yang menarik perhatian kami adalah pengakuan Datin Red sendiri yang mensahihkan khabar angin tersebut dengan menulis ‘Sekarang kami share suami’ di bahagian komen gambar tersebut.

3

1

Pada masa yang sama, kami dapati Dato’ Red telah menukarkan cover photo laman Facebooknya kepada gambar Adira dan isterinya bersama.

aaa

Sementara itu, Adira juga dilihat memuat naik gambar yang sama di laman Instagramnya.

Rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen positif dengan mengucapkan selamat pengantin baru dan tahniah kepada penyanyi putih gebu itu.

✨💫💥💥👯

A photo posted by Adira Suhaimi (@adira_suhaimi) on Dec 16, 2015 at 10:49pm PST

Jika perkhabaran ini benar, diharap Datin Red dan Adira dapat mengekalkan hubungan yang baik sebagai madu. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan