Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Adira Lebih Suka Baju Raya Simple Dari Glamor

12:13pm 10/07/2016 Pak Roshan 351 views Hiburan,Mutakhir

adira bertudung 3

JIKA kebanyakan selebriti lain gemar menggayakan baju raya yang bergemerlapan dan glamor sesuai dengan status selebriti mereka, berlainan pula buat penyanyi Adira Suhaimi.

Ini kerana menurutnya, dia lebih suka dan selesa menggayakan pakaian raya yang memudahkannya untuk bergerak selain rekaan simple dan ringkas untuk menyambut kedatangan tetamu ke teratak keluarganya yang terletak di Kundasang, Sabah.

“Saya seorang yang sangat simple, lagi ringkas lagi saya suka.

“Tiap-tiap tahun saya beli baju raya jenis yang senang untuk berjalan, ringan dan sejuk,” katanya yang sudah menyiapkan pakaian sedondon berwarna hijau untuk dipakainya dan suami pada lebaran kali ini.

Tahun ini Adira pertama kali akan beraya dengan status sebagai seorang isteri. Namun memahami kedudukannya sebagai isteri kedua, Adira akan beraya terlebih dahulu bersama keluarganya sebelum suami menyusul selepas beraya dengan isteri pertama.

Bercakap mengenai juadah raya kegemarannya pula, Adira berkata dia tidaklah terlalu cerewet sebaliknya akan makan apa sahaja hidangan raya yang tersedia namun yang pasti air mineral mesti sentiasa ada untuk memastikan dirinya sentiasa bertenaga menyambut kedatangan tetamu yang datang beraya ke rumahnya.

– MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan