Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Adira dah mengaku

2-Adira-AF-Bakal-Kahwin-VIP-Jadi-Isteri-Kedua-ROTIKAYA-700x547

Kuala Lumpur: Penyanyi, Adira, 24, mengesahkan dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu lalu.

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya kepada Harian Metro sebentar tadi.

Berita mengatakan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkahwin dengan lelaki itu tersebar sejak Khamis lalu.

Perkara itu dikongsi isteri pertama lelaki terbabit apabila wanita menggunakan nama Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik di Facebook miliknya bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Difahamkan, suami Adira adalah ahli perniagaan.

sumber :myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan